MEMECAH KANTUNG UMNO DI JERANTUT

Konvensyen Peneroka FELDA Kebangsaan

Pada 20.2.2010, PKR Pahang telah menjadi tuan rumah kepada Konvensyen Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kompleks Imam Al Syafie' (KIAS), Temin, Jerantut. Seramai lebih kurang 900 orang peserta dari seluruh negara telah menghadiri konvensyen tersebut yang bermula dari jam 9 pagi - 5 petang. Peserta telah didedahkan sejarah dan tujuan penubuhan FELDA yang asalnya mahu membantu orang-orang Melayu. Namun matlamat dan tujuan penubuhan FELDA itu telah bertukar kepada menjadi 'mangsa' ketidakadilan Kerajaan BN di mana beberapa fakta berupa penipuan dan penyelewengan FELDA terhadap peneroka telah di dedahkan. (Gambar atas dari kanan : Kelihatan Dr. Hamzah, Dato' Tuan Ibrahim, DS Anwar dan Dato' Fauzi di atas pentas KIAS)


Kini peneroka hidup bagaimana dalam keadaan yang tidak aman kerana dibebani dengan hutang yang tak berpenghujung. 3 tokoh telah berucap dan membentangkan kerja kerjanya iaitu YB. Dr. Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PKR, Sdr Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat merangkap Presiden ANAK dan Peguam Wan Rahimi yang telah memenangi kes peneroka FELDA di Kemahang lawan FELDA. (Gambar kanan : DS Chua Jui Meng turut hadir bersama Dato' Zaid Ibrahim. Bawah : Peserta konvensyen memenuhi dewan KIAS)

Di sebelah malamnya pula, Dewan dan perkarangan KIAS penuh sesak dengan orang ramai yang dianggarkan lebih 8000 orang yang datang untuk mendengar ceramah dari tokoh-tokoh politik tanahair iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS, Dato' Fauzi Rahman, Pengerusi PKR Pahang, Dato Chua Jui Meng, Bekas Menteri Kesihatan dan Dato' Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
DS Anwar menegaskan bahawa masalah FELDA akan diberi perhatian olehnya bersama dengan Ahli Parlimen yang lain termasuk Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS.

Sementara itu, Dr. Hamzah Jaaffar mengambil kesempatan merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PKR Pahang yang memilih untuk mengadakan konvensyen di KIAS. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada petugas-petugas dari PKR dan PAS yang bertungkus lumus membuat persiapan sebelum dan semasa konvensyen berlangsung.

(Gambar atas : Wakil DAP Cikgu Koh turut hadir di sebelah pagi dan malam. Gambar kanan : Suasana dalam dewan KIAS pada sebelah malam ketika sesi ceramah)


Dr. Hamzah merasakan dengan adanya konvensyen ini sedikit sebanyak dapat memecahkan pemikiran peneroka agar tidak terus tertipu dengan janji pemimpin BN. Beliau mengharapkan agar seluruh peneroka FELDA dapat berubah dengan memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang. Sekiranya peneroka FELDA berani membuat perubahan bermakna pecahlah sudah kantung UMNO selepas Petronas.

Maklumat dan fakta selanjutnya di sini dan di sini.

(Gambar kiri : Suasana di luar dewan di mana orang ramai mengambil masa yang lama untuk keluar dari perkarangan KIAS selepas tamatnya ceramah)

    2 ulasan:

  1. aku rasalah
    umno ni menang busuk
    bodoh, bahlol,

    pemimpin dia agaknyanyerla kan
    bangun pagi pikir cammana la aku nak menipu rakyat hari ni

    bulan ni cammana plan aku nak songlap duit rakyat

    dia orang mana ada pikir pasal pembangunan negara

    cuma pikir nak perabih aje

    lantak ler budak sekolah, dapat biasiswa ker
    tak dapat biasiswa ker

    lantak ler golongan berpenyakit
    ko dapat ubat ker, mau mati tepi jalan ker

    janji aku dapat songlap duit rakyat....

  2. Tanpa Nama berkata... 9 Mac 2010 pada 5:24 PTG

    Kah.kah..dah dapat tanah free,subsidi baja,bonus, rumah..lagi tak sedar diri...kalau takda kerajaan sekarang..merempatla korang duduk atas pokok.

  3. Catat Ulasan